Images
  • jordan

Pasukan keselamatan Mesir patahkan serangan di gereja

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir berjaya mematahkan satu percubaan seorang pengebom nekad hendak menyerang sebuah gereja Koptik di pinggir utara ibu kota Kaherah.

Militan yang memakai jaket berisi bahan letupan dapat dihalang ketika cuba hendak masuk ke gereja di daerah Qalyubiyah.

Dia kemudian meletupkan jaketnya sekitar 250 meter dari gereja berkenaan. Hanya penyerang itu yang terbunuh dan belum ada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung kejadian ini.

Sekitar 10 peratus rakyat Mesir beragama Kristian. Mereka menjadi sasaran dalam beberapa serangan pihak militan sejak Disember 2016 yang menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dan ramai lagi cedera.

Pada 2017, Mesir mengisytiharkan keadaan darurat setelah ISIS mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan bom di dua gereja Koptik, yang membunuh sekurang-kurangnya 45 orang.

- Agensi berita/NA/na

Top