Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan bertindak jenayah ditubuhkan bagi teliti 1MDB

Malaysia akan menubuhkan sebuah pasukan bertindak khas yang akan meneliti kemungkinan kegiatan jenayah ke atas individu-individu yang terlibat dalam pengurusan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2018 07:08PM Dikemas Kini : 22 May 2018 12:08AM

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menubuhkan sebuah pasukan bertindak khas yang akan meneliti kemungkinan kegiatan jenayah ke atas individu-individu yang terlibat dalam pengurusan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Demikian menurut Pejabat Perdana Menteri Malaysia hari ini (21 Mei).

Pasukan bertindak itu, yang termasuk agensi antirasuah, polis dan bank pusat, juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan merampas aset-aset yang diperolehi menggunakan dana yang didakwa disalurkan dari dana negara.

1MDB ditubuhkan pada tahun 2009 oleh mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak, yang pentadbirannya selama 10 tahun tewas dalam pilihan raya 9 Mei.

"Pasukan bertindak ini bertanggungjawab bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan negara-negara lain," menurut pejabat Perdana Menteri baru Malaysia Mahathir Mohamad menerusi satu kenyataan.

Pengumuman tentang pasukan bertindak itu dibuat menyusuli kenyataan Majlis Orang-Orang Terkemuka Malaysia pada Khamis lalu (17 Mei) bahawa sebuah jawatankuasa lima anggota sudahpun ditubuhkan untuk meneliti perkara-perkara berkaitan 1MDB.

Pada minggu lalu, polis Malaysia menggeledah beberapa kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dalam siasatan terhadap dakwaan penipuan dan rasuah melibatkan 1MDB.

Polis merampas apa yang disifatkan sebagai wang tunai yang banyak, barangan kemas dan barangan mewah daripada kediaman mantan perdana menteri itu.

Datuk Seri Najib bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan