Images
  • pp

Pasar ikan Tsukiji, di Jepun berpindah ke pasar Toyosu

JEPUN: Pasar ikan terkenal di Jepun, Tsukiji, mula berpindah ke tempat baru, pasar Toyosu.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike merasmikan pemindahan Tsukiji ke tempat barunya semalam (13 Sep).

Pemindahan itu bermula selepas tempat barunya, pasar Toyosu, diisytiharkan bebas daripada sebarang jenis pencemaran, sesuatu yang menjadi hambatan semasa kerja-kerja pembinaannya.

Terletak 2 kilometer ke selatan Tsukiji, Pasar Toyosu ini dibina di bekas tapak tanah sebuah loji gas.

Tapak tanah itu dikesan tercemar dengan bahan-bahan kimia dan ini menimbulkan kebimbangan orang ramai tentang aspek keselamatan sekitaran pasar baru ini.

Bagaimanapun kerajaan Tokyo sudah melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi membersihkan semua pencemaran itu hingga menyebabkan pemindahan Tsukiji tergendala selama dua tahun.

Pasar Tsukiji terpaksa ditutup bagi memberi laluan untuk pembinaan sebatang jalan raya bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

- Agensi berita/MU/na

Top