Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan warga emas dijumpai meninggal dunia dalam rumah

Sepasang suami isteri warga emas ditemui meninggal dunia di rumah mereka. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata mayat A Wahab Yusof, 72 tahun, dan Nilam Ibrahim, 70, dijumpai pada sekitar 11.50 malam tadi (15 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan warga emas dijumpai meninggal dunia dalam rumah

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 10:24AM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 10:25AM

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri warga emas ditemui meninggal dunia di rumah mereka. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata mayat A Wahab Yusof, 72 tahun, dan Nilam Ibrahim, 70, dijumpai pada sekitar 11.50 malam tadi (15 Ogos) oleh anggota Balai Polis Sungai Ambat, Mersing, yang memecah masuk rumah tersebut.

"Terdahulu, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam, sekitar 11.05 malam tadi (15 Ogos) untuk memaklumkan terdapat bau busuk yang kuat dari dalam rumah pasangan terbabit.

"Polis yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira 11.50 malam, kemudian bertindak memecah masuk rumah tersebut lalu menemukan mayat pasangan itu yang berpakaian lengkap dalam keadaan membusuk," kata Supt Cyril.

Beliau berkata mayat arwah Nilam berada di atas katil manakala mayat arwah A Wahab yang mula reput dan berair pula terbaring di atas lantai bersebelahan katil tersebut.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kematian pasangan itu, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Mersing untuk dibedah siasat dan kematian itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan