Pasangan suami isteri tidak mengaku salah dera 13 anak mereka
Pasangan suami isteri di California yang dituduh mendera 13 anak mereka, tidak mengaku salah di mahkamah.
RIVERSIDE: Pasangan suami isteri di California yang dituduh mendera 13 anak mereka, tidak mengaku salah di mahkamah.
Louise Anna Turpin, 49 tahun serta suaminya, David Allen Turpin, 57 tahun dikenakan 36 tuduhan mendera anak-anak mereka selama bertahun-tahun.
Mereka, masing-masing, dikenakan ikat jamin AS$12 juta (S$16 juta).
Sekiranya didapati bersalah, pasangan tersebut boleh dipenjara seumur hidup.
Pihak pendakwa, antara lain, memberitahu mahkamah 13 anak pasangan itu hanya dibenarkan mandi sekali setahun dan tidak diberi makan yang cukup.
Mereka juga diikat dengan rantai besi dan dipukul jika melakukan kesalahan.
13 anak mereka itu berusia antara 2 hingga 29 tahun.
Ketika ditemui, anak-anak itu dalam keadaan amat kekurangan zat makanan.
Akibatnya, mereka mengalami pelbagai masalah seperti keupayaan untuk berfikir.
Nasib buruk mereka terbongkar setelah seorang daripada anak pasangan itu berjaya melarikan diri dari rumah dan membuat laporan kepada pihak berkuasa pada Ahad lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.