Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan pukul, ludah tukang sapu lanjut usia yang halang anak buang air tepi jalan

Pasangan suami isteri memukul dan meludah seorang tukang sapu yang berusia 66 tahun semata-mata kerana anak mereka dihalang membuang air besar di tepi jalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan pukul, ludah tukang sapu lanjut usia yang halang anak buang air tepi jalan

Seorang lelaki menolak Cik Yao yang menegur perbuatan anaknya. (Petikan gambar dari video yang dikongsi di media sosial)

Diterbitkan : 22 Oct 2018 10:10PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 10:20PM

HENAN: Pasangan suami isteri memukul dan meludah seorang tukang sapu yang berusia 66 tahun semata-mata kerana anak mereka dihalang membuang air besar di tepi jalan.

Satu video yang merakam kejadian tular di media sosial, seperti yang dilaporkan Shanghai.ist. Pasangan berkenaan bagaimanapun sudah memohon maaf kepada mangsa, Cik Yao Xiang, atas perbuatan mereka. Mereka turut membayar bil-bil perubatan Cik Yao.

Semasa kejadian, Cik Yao sedang membersihkan sebuah taman apabila beliau melihat seorang kanak-kanak yang mencangkung untuk membuang air di tepi jalan. Baliau lantas mendekati budak lelaki itu dan melarangnya berbuat demikian.

Tindakannya bagaimanapun, membuat ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak berpuas hati, apatah lagi kerana "Yao memegang anak mereka". Ini mendorong mereka memukulnya dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya. Video, yang pertama kali dimuat naik ke platform Miaopai, menunjukkan Cik Yao teruk dipukul pasangan itu.

Bapa kanak-kanak berkenaan menarik rambut Cik Yao selepas beliau terjatuh ke lantai. Si ibu pula kelihatan bertikam lidah dengan seorang pejalan kaki yang menegur perbuatan mereka di tempat kejadian. Wanita berkenaan turut dirakam meludah ke arah Cik Yao, lapor The Inquirer.

Pihak berkuasa mengambil tindakan selepas ramai penduduk melaporkan insiden tersebut. Pasangan terbabit dibawa ke balai polis manakala tukang sapu itu dikejarkan ke hospital berdekatan. Cik Yao mengalami lebam dan luka-luka lain.

"Jika anda sekadar seorang tukang sapu, orang lain memang pandang hina terhadap anda," kata Cik Yao kepada media tempatan. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan