Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan dipenjara selepas anjing serang bayi hingga kulit kepala terkoyak

Pasangan yang memelihara sejenis anjing yang tidak dibenarkan dijatuhi hukuman penjara selepas anjing peliharaan mereka menyerang seorang bayi di sebuah taman sehingga kulit kepalanya terkoyak dan menampakkan tengkoraknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan dipenjara selepas anjing serang bayi hingga kulit kepala terkoyak

Jenis anjing milik pasangan. (Gambar hiasan: Jack Guez/AFP)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 01:34PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 01:40PM

CHATHAM: Pasangan yang memelihara sejenis anjing yang tidak dibenarkan dijatuhi hukuman penjara selepas anjing peliharaan mereka menyerang seorang bayi di sebuah taman sehingga kulit kepalanya terkoyak dan menampakkan tengkoraknya.

Anjing berkenaan ditembak mati oleh polis tempatan. Metro UK difahamkan anjing tidak dibenarkan di taman tersebut.

Pasangan itu turut mengaku mengupah seorang remaja berusia 15 tahun ganja untuk membawa anjing mereka bersiar-siar di taman.

Michael Thornton, 27 tahun, diberkas sekitar sebulan selepas insiden mengerikan itu. Tindakannya mengelak daripada penjatuhan hukuman dikritik hakim.

"Anda tidak hadir semasa perbicaraan. Anda seperti sengaja melengahkan proses keadilan," kata Hakim David Griffith-Jones.

Metro UK turut melaporkan Thornton mempunyai rekod jenayah dan sebelum ini turut ingkar mematuhi arahan mahkamah.

Dia bagaimanapun akhirnya dipenjara selama dua tahun.

Teman wanitanya, Hayley Eldridge, mengaku bersalah kerana memelihara anjing itu. Dia dijatuhi hukuman penjara 21 bulan.

Kulit kepala mangsa koyak teruk mendedahkan tengkoraknya dan tidak boleh dijahit semula.

Pembuluh darah di bahagian kulit kepala bayi itu sudah rosak dan beliau masih terlalu kecil untuk menjalani pembedahan besar untuk menggantikan tisu kulit kepala, menurut Metro UK.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan