Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Panas baran, gagal kawal emosi antara sebab pengasuh dera budak

Panas baran, cepat marah dan emosi tidak terkawal antara punca kes penderaan kanak-kanak melibatkan pengasuh, menurut hasil siasatan ke atas kebanyakan kes dera yang diterima hingga menyebabkan kanak-kanak maut selain disebabkan kecuaian pengasuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Panas baran, gagal kawal emosi antara sebab pengasuh dera budak

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 05:00PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 05:02PM

KUALA LUMPUR: Panas baran, cepat marah dan emosi tidak terkawal antara punca kes penderaan kanak-kanak melibatkan pengasuh.

Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DSP E. Saroja berkata ia antara hasil siasatan pihaknya ke atas kebanyakan kes dera yang diterima hingga menyebabkan kanak-kanak maut selain disebabkan kecuaian pengasuh.

"Pada tahun ini sahaja, kami menerima sebanyak 86 laporan kes dera kanak-kanak melibatkan pengasuh sehingga Oktober lepas.

“Sebagai badan penguatkuasaan yang menjalankan siasatan, siasatan kes mendapati motif penderaan kadangkala disebabkan pengasuh yang hilang sabar dengan kenakalan kanak-kanak,” katanya.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya menyemak latar belakang pengasuh dan persekitaran pusat asuhan sebelum menghantar anak bagi memastikan keselamatan mereka terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu di program Sayangi Anak Kenali Pengasuh di Kuala Lumpur pada Jumaat malam (7 Dis).
Turut hadir, Exco Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Umei Bahn Mohamed.

Mengulas mengenai kes penderaan seksual ke atas bayi yang dihantar kepada pengasuh, Cik Saroja berkata ibu bapa perlu memastikan semua aspek keselamatan tempat asuhan sebelum menghantar anak mereka untuk dijaga selain memastikan ia berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, katanya, tindakan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan tidak berdaftar bukan berada di bawah kawalan pihak berkuasa.

"Jangan hanya mengenali pengasuh menerusi media sosial tetapi perlu pantau latar belakangnya, siapa yang berada di rumahnya, berapa kanak-kanak yang dijaga dan siapa yang akan menjaga anak-anak itu," katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan bayi berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara yang meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, disyaki akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya pada awal November lepas.

Pada 24 November pula, polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan kes dua bayi lelaki dipercayai didera pengasuh di sebuah taska di Desa Saujana Kajang, Selangor.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan