Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan buat janji tanpa jangkaan untuk menang, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Pakatan Harapan kesuntukan masa untuk menunaikan janji manifesto yang dibuat dengan tidak menjangkakan gabungan itu betul-betul akan menang.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan buat janji tanpa jangkaan untuk menang, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 15 Aug 2018 10:33AM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 10:37AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Pakatan Harapan kesuntukan masa untuk menunaikan janji manifesto yang dibuat dengan tidak menjangkakan gabungan itu betul-betul akan menang.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, gabungan itu kini perlu melakukan yang terbaik untuk memenuhi janji berkenaan atau mencari penjelasan yang sesuai bagi janji yang tidak dapat dipenuhi.

Beliau berkata demikian ketika bercakap di hadapan pemimpin gabungan tersebut dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dalam majlis jamuan malam di Petaling Jaya, Selangor, pada Isnin (13 Ogos).

Beberapa sumber yang hadir di majlis itu memberitahu Malaysiakini bahawa Dr Mahathir turut mengingatkan kemungkinan akan terjadi ketidakpuasan hati di kalangan rakyat.

"Sebenarnya kita tidak jangka untuk menang, kita buat manifesto tebal dengan pelbagai janji... Kita perlu penuhi janji itu, sebab itu kita tidak boleh buat janji yang kita tidak boleh penuhi.

"Kita perlu berkorban untuk penuhi janji kita. Jika kita tidak dapat penuhi kita perlukan sebab yang bagus yang boleh diterima rakyat.

"Jika tidak, jika kita gagal menunaikan janji kita, pembangkang akan gunakannya (untuk mengkritik) dan kita mungkin akan kalah (dalam pilihan raya umum akan datang)," katanya seperti dipetik sumber dan dilaporkan Malaysiakini.

Dr Mahathir memberikan contoh janji Pakatan Harapan untuk menjadikan ketua pembangkang setaraf dengan menteri.

Malaysiakini turut melaporkan yang Dr Mahathir berjenaka dengan berkata bahawa janji itu dibuat dengan jangkaan HARAPAN akan menjadi pembangkang.

"Tapi kita menang dan kita rasa tidak selesa untuk jadikan ketua pembangkang setaraf dengan menteri.

"Itu masalahnya bila kita berjanji," kata Dr Mahathir.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan