Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan akan semak pinjaman China jika menang PRU14, kata Mahathir

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk menghentikan pinjaman dari China dan menyemak semula pelaburan China jika pakatan pembangkang itu menang dalam pilihan raya 9 Mei ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan akan semak pinjaman China jika menang PRU14, kata Mahathir

Dr Mahathir Mohamad di Langkawi. (Gambar: Dr. Mahathir bin Mohamad/Facebook)

Diterbitkan : 19 Apr 2018 11:06AM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 11:07AM

MALAYSIA: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk menghentikan pinjaman dari China dan menyemak semula pelaburan China jika pakatan pembangkang itu menang dalam pilihan raya 9 Mei ini.

Beliau berkata Malaysia mempunyai pinjaman besar dari China dan mungkin tidak dapat membayar balik.

Beliau turut mendedahkan bagaimana Sri Lanka memberikan hak milik pelabuhan Hambantota kepada China pada pajakan 99 tahun sebagai balasan atas penerimaan bantuan pinjaman.

"Kami merasakan akan berhenti meminjam. Kami akan cuba merundingkan semula syarat-syarat pinjaman. Dalam kes-kes projek (China), kami mungkin perlu mengkaji sama ada kami akan meneruskannya atau kami akan memperlahan atau pun kami merundingkan semula syarat-syaratnya," kata beliau yang ditukil Malaysiakini.

Menurut laporan Malaysiakini, pakatan pembangkang sudah menyuarakan kebimbangan pelaburan China di Malaysia yang bernilai berbilion ringgit, termasuk projek bernilai RM55 bilion (S$18.53 bilion) Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), yang mana 85 peratus pinjaman mudah disediakan oleh China Export-Import Bank (Exim Bank) . 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan