Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Orang ramai boleh naik kereta tanpa pemandu di Jepun mulai Mac depan

Orang ramai berpeluang menaiki kereta tanpa pemandu di jalan-jalan raya awam bandar Yokohama, pada Mac tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai boleh naik kereta tanpa pemandu di Jepun mulai Mac depan

(Gambar: Reuters/Issei Kato/File Photo)

Diterbitkan : 05 Dec 2017 08:36PM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 08:38PM

JEPUN: Orang ramai berpeluang menaiki kereta tanpa pemandu di jalan-jalan raya awam bandar Yokohama, pada Mac tahun depan.

Ia adalah sebahagian daripada kerjasama antara syarikat pengeluar kenderaan Nissan dengan pengeluar sofwe permainan Jepun, DeNA.

Projek "Easy Ride" itu menggunakan dua model kereta elektrik, Leaf Nissan, yang dilengkapi kamera dan alat deria.

Semasa ujian awam itu, orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat kereta tanpa pemandu itu dan memilih destinasinya menggunakan aplikasi telefon bimbit.

Nissan dan DeNA berharap dapat melancarkan khidmat kereta tanpa pemandu dan kongsi kereta itu di Jepun menjelang tahun 2020.

DeNA juga sedang menghasilkan sebuah bas tanpa pemandu untuk membawa warga tua di kawasan pedalaman Jepun.

Sumber : Agensi berita/AA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan