Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Operasi polis di rumah Najib masih diteruskan

Lebih 12 jam berlalu sejak pasukan polis melancarkan operasi di kediaman peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, malam semalam (16 Mei). Nampaknya, operasi itu belum berakhir dan masih berterusan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2018 01:27PM Dikemas Kini : 17 May 2018 10:26PM

KUALA LUMPUR: Lebih 12 jam berlalu sejak pasukan polis melancarkan operasi di kediaman peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, malam semalam (16 Mei). Nampaknya, operasi itu belum berakhir dan masih berterusan.

Menurut Malaysiakini, beberapa kenderaan polis kelihatan meninggalkan tempat itu, namun beberapa yang lain, termasuk van Black Maria masih berada di sana ketika pegawai dari jabatan jenayah komersial persekutuan Bukit Aman dipercayai masih berada di rumah Datuk Seri Najib.

Antara kenderaan yang dilihat meninggalkannya pada awal pagi tadi (17 Mei) adalah beberapa kenderaan polis yang tidak bertanda. Kelihatan seseorang duduk di kerusi penumpang dengan muka bertutup dalam salah sebuah kenderaan berkenaan, lapor Malaysiakini.

Pasukan polis tiba dengan berbelas buah kenderaan sekitar 10.15 malam semalam (16 Mei), diikuti dengan van Black Maria pada jam 3.50 pagi ini.

Malaysiakini difahamkan van berkenaan digunakan untuk mengangkut kotak bukti.

Peguam Datuk Seri Najib, Encik Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita bahawa polis merampas beberapa kotak beg tangan, hadiah dan barangan peribadi.

Beliau berpendapat Datuk Seri Najib mungkin sedang disiasat berhubung pengubahan wang haram. Operasi itu juga dipercayai berkaitan dengan skandal 1MDB. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan