Operasi mencari mangsa gempa-tsunami Sulawesi dilanjutkan sehari
Pihak berkuasa Indonesia melanjutkan sehari lagi, gerakan mencari dan menyelamat mangsa-mangsa gempa di Sulawesi Tengah. Gerakan itu sepatutnya berakhir hari ini (11 Okt).
PALU: Pihak berkuasa Indonesia melanjutkan sehari lagi, gerakan mencari dan menyelamat mangsa-mangsa gempa di Sulawesi Tengah. Gerakan itu sepatutnya berakhir hari ini (11 Okt).
Langkah itu diambil atas permintaan anggota keluarga mangsa-mangsa gempa dan tsunami yang melanda wilayah itu hampir dua minggu lalu.
"Sebagai seorang ibu yang kehilangan anak, pasti sangat sedih. Kenapa? Kerana ini detik-detik terakhir, harapan terakhir kami. Kalau mereka benar-benar hentikan operasi hari ini, bererti kami sudah tiada harapan," kata Cik Halimah Ariav Koboi, seorang penduduk di Balaroa.
Jumlah kematian akibat bencana alam itu kini mencecah lebih 2,070 orang. Lagi sekitar 5,000 orang dikhuatiri masih hilang, dengan lebih 80,000 penduduk di Palu pula kehilangan tempat tinggal.
Menurut pemerintah, mereka mungkin terpaksa menunggu beberapa bulan sebelum perumahan sementara siap untuk dihuni.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.