Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Operasi menarik keluar QZ8501 dihentikan

Tentera Indonesia sudah menghentikan operasi mengapungkan bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 ke permukaan Laut Jawa, menurut beberapa laporan media hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Operasi menarik keluar QZ8501 dihentikan

Bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 di dasar laut. (Gambar: Facebook Dr Ng Eng Hen)

Diterbitkan : 27 Jan 2015 04:52PM Dikemas Kini : 27 Jan 2015 05:00PM

JAKARTA: Tentera Indonesia sudah menghentikan operasi mengapungkan bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 ke permukaan Laut Jawa, menurut beberapa laporan media hari ini.

Agensi berita Reuters melaporkan tentera Indonesia menghentikan operasi mencari dan memindahkan bangkai QZ8501, sambil menukil pegawai-pegawai tentera laut. BBC juga melaporkan operasi menarik keluar bangkai pesawat sudah dibatalkan, setelah dua percubaan gagal.

"Operasi ini sudah berlarutan selama 30 hari, oleh itu pasukan bersama sudah menarik diri. Kami meminta maaf kepada keluarga mangsa (QZ8501). Kami sudah cuba sedaya upaya untuk mencari mangsa yang hilang," kata ketua turus tentera barat negara itu, Laksamana Muda Widodo, seperti ditukil Reuters.

Pasukan menyelamat sudah tiga hari cuba menarik keluar bahagian utama pesawat dari dasar laut, menurut beberapa laporan yang menukil tentera Indonesia. Kebanyakan mayat mangsa nahas QZ8501 dipercayai masih terperangkap di dalamnya - sejauh ini 70 mayat daripada 162 penumpang dan kru sudah dijumpai.

Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu, semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan