Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nyaris-nyaris rugi RM4,800 gara-gara cinta

Gara-gara jatuh cinta dengan seorang jejaka bermata biru yang mendakwa dirinya dari England, seorang guru tuisyen nyaris kerugian RM4,800 (S$1,600) apabila diminta membayar ‘caj kastam’ untuk mengambil sebuah bungkusan yang dikirim oleh lelaki tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Nyaris-nyaris rugi RM4,800 gara-gara cinta

Guru yang menunjukkan kiriman WhatsApp. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Jan 2018 11:52AM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 11:55AM

KUANTAN: Gara-gara jatuh cinta dengan seorang jejaka bermata biru yang mendakwa dirinya dari England, seorang guru tuisyen nyaris kerugian RM4,800 (S$1,600) apabila diminta membayar ‘caj kastam’ untuk mengambil sebuah bungkusan yang dikirim oleh lelaki tersebut.

Dalam kejadian Isnin lalu (15 Jan), wanita berusia 25 tahun tersebut dihubungi oleh ‘teman lelakinya’ itu yang memberitahu dia mengirimkan pelbagai barangan termasuk sebuah beg tangan berjenama Furla, iPhone 7, seutas rantai Chanel dan wang tunai 16,000 paun sterling (S$29,000) sebagai hadiah kepadanya.

“Kami mula berkenalan pada 26 Disember lalu menerusi aplikasi WhatsApp dan dia memperkenalkan diri sebagai Wilson Yu dari England. Sejak itu kami sering berbalas mesej sehinggalah pada Isnin lalu dia memberitahu ingin menghantar hadiah kepada saya.

“Dia kemudian terus memberikan nombor pengesan bungkusan itu walaupun saya berulang kali menolak dan enggan menerimanya,” kata beliau selepas membuat aduan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Disebabkan enggan menerima bungkusan tersebut, lelaki berkenaan menjadi berang dan tidak lagi menghubunginya selepas itu.

Bagaimanapun kata beliau awal pagi tadi beliau menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ejen kastam dan memintanya melunaskan bayaran RM4,800 (S$1,600) untuk mengambil barang yang dihantar kepadanya dari negara berkenaan.

“Apabila saya enggan menerimanya dia bertindak memarahi saya sebelum memutuskan panggilan telefon,” kata beliau yang turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan sindiket seperti itu.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan