Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Neelofa, Vivy bimbang barangan tiruan jejas usahawan M'sia

Kedua-dua pengasas jenama fesyen ini menyuarakan kebimbangan semasa mewakili usahawan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa, Vivy bimbang barangan tiruan jejas usahawan M'sia

Antara selebriti berhijab yang mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas budaya pemakaian hijab. (Gambar-gambar: Instagram)

Diterbitkan : 18 Jun 2018 06:48PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 06:54PM

KUALA LUMPUR: Usahawan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, juga dikenali dengan nama Neelofa, mahu kerajaan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi membendung barangan ciplak dan tiruan yang berleluasa ketika ini.

Ketika hadir di Menara Ilham bagi mewakili usahawan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini (18 Jun), pengasas jenama Naelofar Hijab itu berkata penguatkuasaan haruslah bersifat menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi yang terlibat.

"Hari ini saya banyak kongsikan daripada perspektif perniagaan saya dan masalah dalaman dalam Naelofar Hijab," kata Neelofa.

Tambah beliau: "Sebagai contoh produk tiruan yang kita hadapi. Kami pernah bekerjasama dengan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Kastam tapi kosnya sangat tinggi bagi kami untuk terus mengatasinya jadi saya mencadangkan kepada majlis, mungkin bila kita buat laporan dan mereka boleh bekerjasama dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tutup semua akaun ke atas mereka yang jual barangan tiruan."

Neelofa juga mahu kerajaan mempermudahkan proses pinjaman perniagaan dengan menyediakan proses dokumentasi dan informasi yang secukupnya di bawah satu bumbung.

"Saya berharap apa yang mereka struktur semula nanti akan menyenangkan dan membolehkan ramai usahawan Malaysia meneroka pasaran lebih luas dan boleh pergi ke peringkat global dengan lebih senang sebab sebelum ini keadaannya sangat teruk. 

"Kami tidak tahu di mana usaha seterusnya dan apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana tidak ada panduan daripada agensi-agensi ini. Jadi saya berharap selepas ini semuanya akan jadi lebih baik dan lebih mudah bagi kami," kongsi beliau.

Sementara itu, pengasas FashionValet and dUCK Group, Vivy Yusof berkata pihaknya juga berdepan masalah barangan tiruan, terutamanya dari Vietnam dan China.

Justeru itu, beliau mahu agensi penguatkuasa terutama Kastam mencari jalan penyelesaian bagi membendung perkara tersebut. Ini kerana barangan tiruan dan ciplak itu boleh memberi kesan kepada perniagaan tempatan untuk berkembang dengan baik.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan