Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Neelofa selar lelaki tampar wanita semata-mata kerana tidak pakai tudung

Tindakan seorang lelaki yang menampar wanita di perhentian bas kerana tidak memakai tudung mendapat perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa selar lelaki tampar wanita semata-mata kerana tidak pakai tudung

Noor Neelofa. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 01:46PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 01:49PM

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang menampar wanita di perhentian bas kerana tidak memakai tudung mendapat perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.

Lelaki tersebut dipercayai mengherdik wanita berkenaan, yang dipercayai warga asing, kerana tidak bertudung, menurut laporan Astro Awani.

Insiden itu berlaku di Pulau Pinang dan dirakam oleh rakan mangsa. Video tersebut dimuat naik ke laman media sosial dan tersebar luas, hingga mendapat perhatian agensi berita antarabangsa.

Bukan saja orang ramai dan netizan mengecam dan mengutuk tindakan lelaki berkenaan, malah beberapa artis dan pengacara turut mengeluarkan sentimen yang sama. Baru-baru ini, Neelofa turut menentang perbuatan kejam lelaki itu.

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia itu berasa kecewa dengan tindakan lelaki itu, lapor agensi berita Astro Awani.

Neloofa memuat naik petikan skrin artikel oleh agensi berita UK Daily Mail mengenai insiden tersebut ke laman instagramnya dan mengatakan bahawa "kami ingin orang ramai tahu bahawa Islam merupakan agama yang indah, toleran dan saling hormat-menghormati, dan apabila perkara seperti ini berlaku, persepsi Islam berubah dan Islam menerima reputasi yang buruk."

Beliau turut menulis bahawa wanita tidak seharusnya berdiam diri apabila berdepan dengan situasi seperti ini.

"Dan wanita, apabila perkara seperti ini berlaku pada anda dan orang yang anda sayangi, anda harus berani bersuara dan jangan berikan orang peluang untuk memperkecilkan anda."

Beliau juga menyeru kepada kaum lelaki supaya melindungi wanita dan bukan menganiayakan mereka.

"Lelaki seharusnya melindungi wanita, dan tidak menggunakan kekerasan dengan apa cara pun."  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan