Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

NASA jalankan misi 'sentuh' matahari

Agensi Penerbangan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berjaya melancarkan satu misi meneroka matahari. Dikenali sebagai 'Parker Solar Probe', misi tujuh tahun itu dijalankan dengan harapan dapat 'menyentuh matahari'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2018 07:43PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 10:51PM

CAPE CANAVERAL: Agensi Penerbangan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berjaya melancarkan satu misi meneroka matahari. Dikenali sebagai 'Parker Solar Probe', misi tujuh tahun itu dijalankan dengan harapan dapat 'menyentuh matahari'.

Roket yang membawa kapal angkasa bagi penerokaan suria itu, berlepas dari Stesen Pangkalan Udara Cape Canaveral pada sekitar 3.30 petang tadi (12 Ogos) waktu Singapura.

Para ahli sains berkata usaha untuk melakukan misi tersebut bermula sejak 60 tahun lalu.

Sebesar sebuah kereta kecil, kapal angkasa 'Parker Solar Probe' akan meluncur masuk ke bahagian lapisan luar atmosfera matahari yang terletak sekitar 6 juta kilometer daripada permukaan matahari.

Ia dijangka mula sampai ke lingkungan lapisan itu pada November ini.

Misi bersejarah itu bertujuan melindungi bumi dengan mengetahui misteri 'ribut matahari' yang berbahaya. 

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan