Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib ziarah pusara ayah Tun Abdul Razak

Mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak menziarahi pusara ayahnya, Abdul Razak Hussein yang juga adalah perdana menteri kedua negara, pagi ini (13 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Najib ziarah pusara ayah Tun Abdul Razak

(Gambar: TWITTER/Najib Razak)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 09:11AM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 09:16AM

PUTRAJAYA: Mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak menziarahi pusara ayahnya, Abdul Razak Hussein yang juga adalah perdana menteri kedua negara, pagi ini (13 Jun).

Pusara itu terletak di Makam Pahlawan, di Masjid Negara di Kuala Lumpur.

Menurut Malaysiakini, Encik Najib menulis catatan di Twitter: “Bagi mereka yang dah kehilangan ahli keluarga tercinta, tentu kerinduan itu lebih dirasai menjelang Aidilfitri."

“Sama-sama kita terus doakan kesejahteraan ke atas roh mereka, moga sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT,” tambah beliau dalam lelalaman sosial itu.

Catatan tersebut turut menampilkan gambar beliau membaca surah yassin di pusara itu.

Allahyarham Encik Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 akibat leukemia. Allahyarham berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia dari tahun 1970 sehingga pemergiannya.

Pada tahun 1973, Allahyarham Abdul Razak membentuk Barisan Nasional (BN) untuk menggantikan Perikatan. Beliau juga memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu golongan bumiputera.

Secara ironisnya, 45 tahun kemudian, BN buat pertama kalinya dalam sejarah tumbang pada pilihan raya umum 9 Mei lalu yang diterajui oleh perdana menteri keenam, iaitu Encik Najib Razak.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan