Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib yakin Johor kuasa ekonomi baru M'sia

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak semalam (19 Apr) melahirkan rasa keyakinan terhadap potensi negeri Johor untuk menjadi kuasa ekonomi baru dalam negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib yakin Johor kuasa ekonomi baru M'sia

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar fail: Alexandra Radu/Reuters)

Diterbitkan : 20 Apr 2018 08:43AM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 08:45AM

BATU PAHAT: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak semalam (19 Apr) melahirkan rasa keyakinan terhadap potensi negeri Johor untuk menjadi kuasa ekonomi baru dalam negara.

Keyakinan beliau itu berdasarkan beberapa projek pemangkin yang kini dalam tahap pelaksanaan dan dijangka memberi kesan besar kepada masyarakat.

Datuk Seri Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata antara projek-projek yang dimaksudkan termasuk pembangunan Wilayah Ekonomi Iskandar Malaysia (Iskandar Malaysia), Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Desaru Coast dan Sistem Rapid Transit (RTS) yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands, Singapura.

“Maka, projek-projek ini akan mengangkat negeri Johor sebagai kuasa ekonomi baru dalam negara kita.

“Lebih-lebih lagi, Selangor sekarang ini ada masalah air, orang angkut baldi di Selangor, negeri Johor ada masa depan yang jauh lebih baik,” kata beliau ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat semalam (19 Apr).

Selain itu, PM Najib turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) kerana menyumbangkan sebanyak RM700,000 (S$236,000) untuk memperbesarkan unit hemodialisis di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat serta komitmen PNB untuk membina sebanyak 5,000 rumah mampu milik di seluruh negara.

Untuk negeri Johor, beliau juga sudah berbincang dengan Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar supaya rumah mampu milik yang dibina boleh ditambah jumlahnya.

“Beliau (Encik Abdul Wahid) kata dengan syarat kerajaan negeri bagi tanah dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar) kata bila-bila masa kerajaan Johor boleh bagi tanah.

“Malah Datuk Ab Aziz Kaprawi (penyandang kerusi Parlimen Sri Gading) juga berbisik agar 200 unit dibina untuk Parit Yaani. Kalau ada tanah… tiada masalah, kita bagi 200 unit," kata Encik Najib. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan