Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib, Rosmah berehat cuti 3 hari di Langkawi

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak dan isterinya, Cik Rosmah Mansor tiba di Langkawi untuk bercuti rehat bersama keluarga di pulau legenda itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib, Rosmah berehat cuti 3 hari di Langkawi

Mantan Perdana Menteri Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Jun 2018 09:35AM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 09:41AM

ALOR SETAR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak dan isterinya, Cik Rosmah Mansor tiba di Langkawi untuk bercuti rehat bersama keluarga di pulau legenda itu.

Difahamkan, Encik Najib dan isterinya datang bersama 13 anggota keluarga malam semalam (17 Jun) untuk bercuti selama tiga hari.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata Encik Najib dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi lebih kurang 8 malam semalam.

Tanpa mengulas lanjut, Encik Nawawi berkata beliau bersama pemimpin UMNO Bahagian Langkawi yang lain menyambut ketibaan mantan perdana menteri itu sebagai tanda memberikan sokongan moral kepada Encik Najib sekeluarga.

Bulan lalu, Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya menyenarai hitam nama Encik Najib Razak dan isterinya Cik Rosmah Mansor. Dengan keputusan itu beliau serta isterinya tidak boleh meninggalkan negara tersebut untuk apa-apa urusan pun, termasuk bercuti.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan