Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib Razak ditahan SPRM berhubung 1MDB; dihadapkan ke mahkamah esok

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak hari ini (19 Sep) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion (S$0.86 bilion) ke akaun peribadi beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2018 05:30PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 09:29PM

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak hari ini (19 Sep) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion (S$0.86 bilion) ke akaun peribadi beliau.

SPRM dalam kenyataannya hari ini menyatakan, penahanan itu dibuat pada 4.13 petang hari ini di Ibu Pejabat SPRM.

Menurut SPRM, Najib bakal menghadapi beberapa pertuduhan di bawah  Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (20 September) bagi pertuduhan di mahkamah, kata SPRM.

Menurut SPRM, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan