Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib Razak dipanggil SPRM kali ke-3

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anggaran Waktu Membaca:
Najib Razak dipanggil SPRM kali ke-3

Gambar fail mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 12:23PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 12:27PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM, Encik Najib hadir di SPRM pada pukul 10.00 pagi tadi (16 Okt) bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Najib telah hadir untuk diambil keterangan berhubung 1MDB dan lain-lain kes,” katanya kepada agensi berita Bernama.

Pada 3 Oktober lalu, Encik Najib memberi keterangan selama hampir tiga jam di Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sebelum ini dilaporkan akan memanggil semula Encik Najib dan isterinya, Rosmah Mansor kerana pihak berkuasa memerlukan maklumat tambahan daripada pasangan terbabit untuk membantu siasatan.

Encik Najib berdepan dengan lebih 30 tuduhan berhubung wang yang dipindahkan dari 1MDB dan bekas anak syarikatnya ke dalam bank akaun peribadinya.

Sumber : Bernama/CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan