Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib persoal kesetiaan anggota parlimen UMNO yang keluar parti

Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak hari ini (21 Sep) mempersoalkan kepercayaan dan kesetiaan anggota Parlimen UMNO yang meninggalkan parti dalam keadaan parti sedang diuji. 

Anggaran Waktu Membaca:
Najib persoal kesetiaan anggota parlimen UMNO yang keluar parti

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 12:25AM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 12:28AM

PEKAN: Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak hari ini (21 Sep) mempersoalkan kepercayaan dan kesetiaan anggota Parlimen UMNO yang meninggalkan parti dalam keadaan parti sedang diuji.

Beliau berkata mereka, selaku pemimpin yang diberi kepercayaan dalam UMNO, seharusnya setia kepada parti dan meneruskan perjuangan yang didukung selama ini. 

"Kita mesti setia pada parti walau dalam apa jua keadaan yang menimpa... sama ada kita berkuasa atau tidak berkuasa. Apatah lagi dalam saat ini, yang mana parti amat memerlukan kita," kata Anggota Parlimen Pekan itu semasa ditemui pada Program Bubur Asyura dan Santai Bersama Peneroka di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Chini, hari ini (21 Sep).

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman dua Anggota Parlimen UMNO iaitu Encik Mustapa Mohamed dan Encik Anifah Aman keluar parti baru-baru ini. 

Encik Mustapa yang merupakan Anggota Parlimen Jeli bertindak melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, pada Selasa lalu (11 Sep), atas alasan lagi tidak sealiran dengan parti.

Encik Anifah selaku Anggota Parlimen Kimanis pula mengesahkan meninggalkan parti kurang 24 jam selepas Encik Mustapa dengan berkata keputusan itu dibuat kerana mendakwa kerajaan sebelum ini gagal memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan