Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib persoal Azmin berhubung dakwaan 'kos tersembunyi' HSR

"Adakah anda mengatakan bahawa pemerintah Singapura menyembunyikan 'kos terselindung' ini?" mantan perdana menteri itu bertanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib persoal Azmin berhubung dakwaan 'kos tersembunyi' HSR

Mantan perdana menteri Najib Razak. (Gambar: AFP/Mohd RASFAN)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 04:07PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 11:27PM

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Najib Razak menyelar Menteri Ehwal Ekonomi Azmin Ali atas tuduhan beliau bahawa ada lagi kos yang beliau sembunyikan berkaitan dengan projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Encik Najib juga bertanya sama ada dakwaan itu bererti Singapura juga menutupi kos tersembunyi tersebut.

"Projek HSR ditawarkan melalui tender terbuka antarabangsa oleh Malaysia dan Singapura. Tender itu ditutup pada 28 Disember 2018, dan pembida yang berjaya akan dinilai dan diputuskan bersama oleh Singapura dan Malaysia," kata Encik Najib dalam satu kenyataan pada Rabu (18 Jul).

Apabila ditanya, Azmin menjawab bahawa kos RM100 bilion (S$33.7 bilion) adalah anggaran mereka, dan ini termasuk kos tersembunyi yang tidak dijelaskan, walaupun tender yang akan diputuskan oleh kedua-dua pemerintah masih belum ditutup. Kos belum dimuktamadkan dan pakej pembiayaan masih belum diketahui.

"Adakah anda mengatakan bahawa pemerintah Singapura menyembunyikan 'kos terselindung' ini?" mantan perdana menteri itu bertanya.

Najib berkata jawapan "meragukan" kerajaan Pakatan Harapan menunjukkan kecenderungannya untuk menggandakan kos mana-mana projek yang dimulakan oleh BN, iaitu HSR, Rangkaian Rel Pantai Timur dan LRT3 dan kemudian menyalahkan BN, sambil mendakwa BN menyembunyikan kos sebenar .

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada jawapan Encik Azmin di Parlimen pada hari Rabu apabila menteri tersebut berkata, kerajaan Pakatan Harapan menganggarkan kos RM110 bilion (S$37 bilion) bagi HSR termasuk perbelanjaan dan barang yang tidak didedahkan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Projek HSR, yang pertama kali dicadangkan oleh Malaysia pada tahun 2013, adalah laluan 350 kilometer yang akan mengurangkan masa perjalanan kereta api antara Singapura dengan Kuala Lumpur kepada 90 minit.

Namun kesudahan projek itu masih tidak dapat ditentukan sejak kerajaan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya pada 9 Mei, dengan Perdana Menteri baru negara itu, Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri kabinetnya berikrar untuk membatalkan projek itu untuk mengurangkan hutang negara.

Menambah kekeliruan, Dr Mahathir kemudian berkata bahawa kerajaannya berhasrat untuk "menangguhkan" projek itu dan akan berhubung dengan rakan sejawatan di Singapura.

Encik Azmin dijangka bertemu dengan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan untuk membincangkan HSR pada akhir bulan ini. 

Sumber : Today/TQ/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan