Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib hadir di SPRM berhubung siasatan dakwaan ubah laporan akhir audit 1MDB

Mantan Perdana Menteri Najib Razak hari ini (6 Dis) hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2018 12:23PM Dikemas Kini : 06 Dec 2018 11:00PM

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Najib Razak hari ini (6 Dis) hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketibaan beliau pada kira-kira jam 10.30 pagi tidak disedari petugas media yang menunggu di pintu utama bangunan suruhanjaya itu namun kehadirannya dimaklumkan oleh jurucakap SPRM.

Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB sudah diubah dan Encik Najib mengetahui perkara itu.

Dr Madinah turut mendedahkan bahawa dua perkara penting yang digugurkan dalam laporan itu adalah kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.

Pada hari sama, SPRM dilaporkan berkata pihaknya sudah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan laporan itu dan akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.

Semalam (5 Dis), SPRM memanggil bekas Ketua Pesuruhjayanya Encik Dzulkifli Ahmad.

Turut dipanggil semalam (5 Dis) ialah bekas Ketua Audit Negara Encik Ambrin Buang yang hadir buat kali kedua selepas memberi keterangan pada 26 Nov lalu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan