Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib gariskan 3 prinsip yang tentukan kejayaan UMNO, BN

Sementara itu, PM Najib berkata sebanyak 418 unit rumah PPR dengan kos RM75 juta (S$24 juta) yang sedang dibina di Kampung Batu 25 dijangka siap pada awal 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib gariskan 3 prinsip yang tentukan kejayaan UMNO, BN

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menggariskan tiga prinsip bagi kejayaan UMNO dan Barisan Nasional. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 05:58PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 05:59PM

MACHANG: Roh perjuangan yang ikhlas untuk rakyat, barisan kepimpinan yang padu dan wala kepada pemimpin adalah tiga prinsip utama yang menentukan kejayaan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Beliau berkata sebaliknya, perjuangan yang berasaskan balas dendam, kekecewaan dan material pasti akan menemui kegagalan.

"Kalau perjuangan itu berdasarkan roh perjuangan yang suci untuk melakukan sesuatu yang terbaik, maka insya-Allah akan berkat perjuangan kita," katanya kepada wartawan selepas Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang, hari ini (12 Ogos).

PM Najib yang juga Presiden UMNO turut berharap akan berlaku perubahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 berbanding pilihan raya sebelum ini memandangkan sokongan terhadap UMNO dan BN di negeri itu bertambah baik.

Sementara itu, PM Najib berkata sebanyak 418 unit rumah PPR dengan kos RM75 juta (S$24 juta) yang sedang dibina di Kampung Batu 25 dijangka siap pada awal 2019.

Beliau berkata PPR berkenaan yang merupakan antara lapan projek yang sedang dan siap dilaksanakan di Kelantan, adalah sebahagian daripada janji beliau kepada rakyat Machang beberapa tahun lalu.

Antara pembangunan yang dilaksanakan kerajaan persekutuan di Kelantan ialah lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, projek perumahan, hospital, jambatan baharu serta membina dan membaik pulih masjid.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan