Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib gagal dapatkan perintah larangan

Permohonan peguam bekas Perdana Menteri Najib Razak bagi mendapatkan satu perintah larangan ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Anggaran Waktu Membaca:
Najib gagal dapatkan perintah larangan

Mantan Presiden UMNO, Najib Razak. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 07:39PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 07:42PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (10 Ogos) menolak permohonan peguam bekas Perdana Menteri Najib Razak bagi mendapatkan satu perintah larangan untuk pihak awam membincangkan merit kes pecah amanah dan menyalahguna kuasanya atas alasan melanggar kebebasan media, lapor Astro Awani.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam bela Najib, Mohd Shafee Abdullah dan hujahan balas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria.

Menurut laporan Astro Awani, pada 4 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Malaysia membenarkan permohonan dibuat bagi melarang media melaporkan kes pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa yang dihadapi beliau.

Ketika membuat keputusan itu, Hakim Mohd Nazlan berkata bahawa larangan tersebut jika dibenarkan, menyekat kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Encik Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan notis rayuan berhubung keputusan itu Isnin depan (13 Ogos).

Dalam pada itu, pihak pendakwa memaklumkan pihaknya akan mengemukakan seramai 15 saksi untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Sehubungan itu, pihak pendakwa memohon tarikh perbicaraan ditetapkan, namun dibantah Encik Muhammad Shafee.

Hujahan bagi menetapkan tarikh perbicaraan sedang berlangsung.

Pada Rabu lalu, Encik Najib dikenakan tiga tuduhan baru di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berhubung penyalahgunaan kedudukan beliau untuk menerima sejumlah wang hasil aktiviti haram dari dana keseluruhan RM42 juta (S$14 juta), ke dalam dua akaun miliknya.

Mengikut kertas tuduhan itu, beliau didakwa menerima wang masing-masing berjumlah RM27 juta (S$9 juta), RM5 juta (S$1.6 juta) dan RM10 juta (S$3.3 juta) yang merupakan hasil dari aktiviti haram, menerusi 'Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities' ("Rentas") dalam dua akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya, bernombor 2112022011880 dan 2112022011906.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan