Images
  • helikopter
    Gambar hiasan. (Gambar: BANARAS KHAN / AFP)

Nahas helikopter di Portugal: 4 terkorban

PORTUGAL: Empat orang maut apabila sebuah helikopter perubatan, terhempas di sebuah kawasan pergunungan dekat Porto, bandar kedua terbesar di negara itu.

Mangsa yang terbunuh terdiri daripada dua juruterbang, seorang doktor dan seorang jururawat.

Menurut Khidmat Kecemasan negara itu sekitar 200 orang masih meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat, tetapi bangkai helikopter itu masih belum ditemui.

Helikopter itu hilang petang semalam (15 Dis) selepas menghantar seorang pesakit berusia 76 tahun yang mengalami masalah jantung, ke sebuah hospital di Porto.

Ia terhempas semasa dalam penerbangan pulang ke pangkalannya akibat cuaca buruk.   

- Reuters/SS/na

Top