Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nahas AirAsia: 30 mayat ditemui, operasi mencari dikecilkan

Selepas enam hari mencari, 30 mayat sudah ditemui daripada sejumlah 162 penumpang dan kru pesawat AirAsia yang terhempas ke Laut Jawa pada Ahad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas AirAsia: 30 mayat ditemui, operasi mencari dikecilkan

Seorang anggota Palang Merah Indonesia berjalan bersebelahan keranda-keranda mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501, di sebuah hospital di Pangkalan Bun, Indonesia pada 2 Januari, 2015. (Gambar: AP/Tatan Syuflana)

Diterbitkan : 02 Jan 2015 08:06PM Dikemas Kini : 05 Jan 2015 11:05PM

SURABAYA: Selepas enam hari mencari, 30 mayat sudah ditemui daripada sejumlah 162 penumpang dan kru pesawat AirAsia yang terhempas ke Laut Jawa pada Ahad lalu.

Pakar-pakar dan pasukan antarabangsa dengan peralatan pengesan lebih canggih, kini menyertai pasukan sedia ada dalam operasi itu.

Gerakan mencari terus dihambat cuaca buruk dengan gelombang besar setinggi 5 meter.

Keadaan laut bergelora beserta angin kencang menyebabkan alat sonar canggih pengesan akustik dari pasukan Perancis, tidak dapat digunakan kerana ia hanya beroperasi jika laut tidak bergelora.

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) menyatakan, operasi mencari pesawat tersebut kini semakin dikecilkan dan tertumpu ke kawasan seluas 4,000 kilometer persegi, iaitu hanya 10 peratus daripada saiz kawasan pencarian semalam.

Lebih banyak jasad manusia ditemui dan sebahagiannya sudah diserahkan kepada anggota keluarga. Pasukan tentera laut Amerika sahaja menemui sekurang-kurangnya enam mayat hari ini.

Salah satu jenazah yang sudah dikenal pasti dan dikebumikan siang tadi ialah pramugari, Khairunisa Haidar Fauzi.

Selepas solat Jumaat tadi, banyak masjid di Indonesia mengadakan solat jenazah ghaib serta mengadakan doa khusus buat mangsa tragedi AirAsia itu.

Pihak berkuasa berkejar dengan masa untuk mencari kotak hitam pesawat bagi menghuraikan misteri kemalangan udara itu.

Ketua BASARNAS, Bambang Soelistyo, berkata: "Tugas mencari perakam penerbangan atau kotak hitam pesawat dilaksanakan oleh KNKT - Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan - yang mulai pagi hari ini sudah mulai bekerja dengan menggunakan kapal kala daya."

Masa sehingga seminggu mungkin diperlukan untuk mencari kotak hitam itu. Esok, genap seminggu pesawat AirAsia itu lenyap dari radar. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan