Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar mungkin tidak akan penuhi perjanjian bawa pulang pelarian Rohingya

Satu laporan khas yang diterbitkan Reuters mendakwa, Myanmar mungkin tidak akan memenuhi janji-janjinya untuk membawa pulang para pelarian Rohingya ke wilayah Rakhine.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2018 04:30PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 09:43PM

MYANMAR: Satu laporan khas yang diterbitkan Reuters mendakwa, Myanmar mungkin tidak akan memenuhi janji-janjinya untuk membawa pulang para pelarian Rohingya ke wilayah Rakhine.

Dalam perjanjian itu, para pelarian boleh memilih untuk pulang ke tempat tinggal asal mereka, atau di kawasan-kawasan berdekatan.

Bagaimanapun sebuah peta petempatan yang dilihat oleh para wartawan Reuters menunjukkan bahawa para pelarian yang memilih untuk kembali, tidak akan pulang ke rumah mahupun kampung asal mereka.

Sebaliknya, mereka akan ditempatkan di kawasan-kawasan khusus buat kaum Rohingya, mengasingkan mereka daripada penduduk Myanmar yang lain.

Para pelarian Rohingya sebelum ini terpaksa melarikan diri daripada kampung halaman mereka menyusuli ofensif tentera yang menyaksikan beratus-ratus rumah dimusnahkan.

Gambar-gambar satelit yang dilihat oleh Reuters juga mendedahkan bahawa ratusan rumah, termasuk kemudahan keselamatan yang baru, sedang dibina di tapak kediaman asal para pelarian.

Myanmar mendakwa ia bersedia membawa pulang para pelarian itu sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun Reuters mendakwa siasatannya menunjukkan rumah-rumah yang didirikan untuk petempatan semula kaum Rohingya, kini diduduki oleh penduduk beragama Buddha.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan