Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Myanmar bina kemudahan tentera di kampung Muslim Rohingya

Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International menyatakan Myanmar sedang membina beberapa kemudahan tentera di kampung-kampung masyarakat Muslim Rohingya yang dibakar di wilayah Rakhine.

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar bina kemudahan tentera di kampung Muslim Rohingya

Wilayah Rakhine dibelenggu keganasan sejak Ogos lalu. (Gambar: AFP/Phyo Hein KYAW)

Diterbitkan : 12 Mar 2018 07:26PM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 07:27PM

YANGON: Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International menyatakan Myanmar sedang membina beberapa kemudahan tentera di kampung-kampung masyarakat Muslim Rohingya yang dibakar di wilayah Rakhine.

Menurut Amnesty International, laporannya itu berdasarkan gambar-gambar satelit dan wawancara. Pembinaan itu didakwa dilakukan sejak awal tahun ini.

Perkembangan itu mencetuskan tanda-tanya baru tentang rancangan hendak menghantar pulang para pelarian Rohingya dari Bangladesh.

Hampir 700,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos lalu berikutan operasi tentera Myanmar memerangi kumpulan pemberontak kaum itu di Rakhine.

Namun kumpulan-kumpulan hak asasi dan PBB menuduh tentera Myanmar melakukan tindakan penghapusan kaum.

Myanmar dan Bangladesh sepatutnya mula menghantar pulang para pelarian Rohingya itu pada lewat Januari lalu. Namun ramai pelarian enggan pulang ke Rakhine kerana tiada jaminan keselamatan serta hak-hak asasi mereka. 

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan