Images
  • pencemaran udara new delhi
    Pencemaran udara di New Delhi (Gambar: AFP)

Mutu udara di New Delhi di paras berbahaya

NEW DELHI: Ibu kota India, New Delhi, sesak dengan asap toksik selepas para penduduknya meraikan sambutan Depavali dengan permainan bunga api secara meluas.

Mutu udara di kota itu sudah merosot dengan banyaknya ke paras berbahaya, meskipun pihak mahkamah sudah mengehadkan penggunaan bunga api supaya tidak melepasi jam 10.00 malam.

Pagi Khamis (8 Nov), mutu udara dicatatkan di paras paling buruk dengan Indeks Mutu Udara mencapai tahap 805. Malah sebuah kawasan di Anand Vihar mencapai bacaan 999.

Mengikut indeks kebangsaan India, ini bermakna paras pencemaran berada dalam kategori teruk campur paras kecemasan.

Khidmat bomba New Delhi juga menerima lebih 200 panggilan, minta bantuan berkaitan kebakaran di tong-tong dan tempat pembuangan sampah. 

- Agensi berita/AA/NA/tq

Top