Images
  • mukhriz
    Gambar: Mukhriz Mahathir/Instagram

Mukhriz: Beri maklumat sebenar, tegur kekurangan kepimpinan

JITRA: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir ingin sebarang kelemahan atau kekurangan pentadbirannya ditegur supaya setiap lapisan masyarakat mendapat nikmat daripada kepimpinan beliau.

Menurutnya, kerajaan tidak akan tahu setiap masalah rakyat peringkat bawahan seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas yang perlukan bantuan jika tidak diberikan maklumat sebenar.

“Bukan sahaja kita (kerajaan negeri), mereka yang diberi tanggungjawab di peringkat daerah dan kawasan juga akan menanggung beban kerana tidak melaksanakan amanah.

“Oleh itu, bantulah kami dengan memberi teguran dan pandangan yang membina,” kata Datuk Seri Mukhriz dalam ucapan ringkas selepas bersembahyang subuh berjemaah di Masjid Al-Muhsinin, pagi tadi (18 Mei).

Datuk Seri Mukhriz berkata beliau sedar peluang kembali menyandang jawatan Menteri Besar Kedah bagi kali kedua mempunyai hikmah dan sebab itu beliau ingin menjaga dan tidak mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kedah.

“Saya akan minta rakan-rakan dalam kerajaan negeri supaya lebih mengambil berat hal-hal berkaitan kebajikan dan pembangunan negeri,” tambahnya. 

- BERNAMA/AQ/aq

Komen Anda?

Top