Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin pertahan kerusi parlimen Pagoh

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sah mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh serta turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada pilihan raya umum ke-14.

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin pertahan kerusi parlimen Pagoh

Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Gambar fail: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 20 Apr 2018 12:52PM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 12:53PM

MUAR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sah mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh serta turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada pilihan raya umum ke-14.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu program Jelajah Harapan di Pagoh, malam semalam (19 Apr).

Menurut beliau, calon PBBM bakal bertanding di 10 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di Johor.

Antara calonnya ialah Setiausaha PPBM Datuk Osman Sapian yang akan bertanding di DUN Kempas manakala calon bagi kerusi Parlimen termasuk Datuk Dr Shahrudin Mat Salleh (Sri Gading), Dr Mazlee Malek (Simpang Renggam) dan Karmaine Sardini (Pontian).

PPBM dibubarkan sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan akan bertanding atas tiket PKR.

Sumber : Bernama/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan