Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

MFA: Tiada rakyat S'pura cedera akibat gempa di Osaka

Sehari selepas gempa bumi kuat melanda Osaka, Jepun, para penduduknya hari ini (19 Jun) memulakan kehidupan seperti biasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2018 07:58PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 09:42PM

OSAKA: Sehari selepas gempa bumi kuat melanda Osaka, Jepun, para penduduknya hari ini (19 Jun) memulakan kehidupan seperti biasa.

Empat orang disahkan mati termasuk seorang budak perempuan berusia sembilan tahun.

Lebih 300 orang cedera dalam gempa berukuran 6.1 skala Richter yang membadai bandar kedua terbesar Jepun itu.

Setakat ini, lebih 20 gegaran dipercayai gempa susulan menggoncangkan kawasan itu.

Lebih 1,000 penduduk bermalam di pusat pemindahan ekoran terputunya bekalan elektrik dan gas.

Dalam pada itu, tiada warga Singapura dilaporkan cedera dalam kejadian gempa di Osaka.

Ini disahkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini.

Kedutaan Singapura di Tokyo menghubungi warga Singapura yang berdaftar yang tinggal di kawasan terjejas oleh gempa bumi dan mendapati tiada orang cedera.

Namun, kedutaan itu akan terus memantau keadaan dan menawarkan bantuan jika perlu.

MFA menasihati mereka yang tinggal di kawasan terjejas supaya mengambil langkah keselamatan yang perlu, memantau berita tempatan bagi perkembangan dan mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa tempatan.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan