Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesir sediakan hotline basmi berita palsu

Mahkamah Mesir mengumumkan semalam (12 Mac) bahawa ia menyediakan hotline bagi mengumpul aduan-aduan berita "palsu" di media elektronik mahupun tradisional yang boleh mengancam keselamatan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mesir sediakan hotline basmi berita palsu

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2018 08:30AM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 08:31AM

KAHIRAH: Mahkamah Mesir mengumumkan semalam (12 Mac) bahawa ia menyediakan hotline bagi mengumpul aduan-aduan berita "palsu" di media elektronik mahupun tradisional yang boleh mengancam keselamatan negara itu.

Dengan hanya dua minggu sebelum pilihan raya berlangsung di Mesir, media kini menjadi tumpuan ramai, dengan jumlah wartawan yang diberkas dan laman web yang disekat semakin meningkat.

"Pihak kehakiman Mesir memperuntukkan beberapa nombor telefon untuk menerima sebarang aduan menerusi WhatsApp dan SMS, jika nama orang yang melakukan aduan dan maklumat peribadi dikirimkan sekali," menurutnya dalam satu kenyataan.

Pihaknya turut menyatakan bahawa inisiatif ini bertujuan untuk membanteras "maklumat palsu yang boleh menggugat keselamatan dan kepentingan negara". 

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan