Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesir hukum mati 17 individu terlibat serangan gereja

Sebuah mahkamah tentera di Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap 17 individu kerana terlibat dalam tiga serangan bom yang dilancarkan ke atas beberapa gereja pada tahun 2016 dan 2017, lapor agensi berita MENA.

Anggaran Waktu Membaca:
Mesir hukum mati 17 individu terlibat serangan gereja

Keadaan di sebuah gereja besar di Kaherah menyusuli serangan bom yang dilancarkan pada 11 Disember 2016. (Gambar fail: Amr Abdallah Dalsh/Reuters)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 08:29AM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 08:34AM

KAHERAH: Sebuah mahkamah tentera di Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap 17 individu kerana terlibat dalam tiga serangan bom yang dilancarkan ke atas beberapa gereja pada tahun 2016 dan 2017, lapor agensi berita MENA.

Lagi 19 individu turut dijatuhi hukuman penjara seumur hidup manakala 10 yang lain dijatuhi hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun, kata para pegawai kehakiman dan keselamatan pada Khamis (11 Sep) seperti yang dipetik oleh MENA.

Serangan-serangan tersebut dilancarkan ke atas beberapa gereja di Kaherah, Iskandariah dan Tanta.

Menurut laporan MENA, tentera Mesir sedang menjalankan operasi besar-besaran yang memberi tumpuan di Semenanjung Sinai bagi membanteras kumpulan militan.

Serangan bom pada 2016 meragut nyawa seramai 37 orang.

Serangan yang dilancarkan pada 2017 di Gereja Koptik Mar Girgis, Tanta dan di Gereja Besar Koptik Ortodoks Saint Mark, Iskandariah pula meragut nyawa seramai 45 orang dan mencederakan 126 yang lain. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan