Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesin ATM di Bangkok diletupkan semasa rompakan

Seorang yang disyaki perompak meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan bom buatan sendiri di sebuah pasar raya di sini hari ini dan melarikan sebuah kotak wang yang mengandungi 481,700 Baht (S$19,000)

Anggaran Waktu Membaca:
Mesin ATM di Bangkok diletupkan semasa rompakan

Gambar hiasan. (Gambar: PORNCHAI KITTIWONGSAKUL/AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 08:46PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 08:56PM

BANGKOK: Seorang yang disyaki perompak meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan bom buatan sendiri di sebuah pasar raya di sini hari ini dan melarikan sebuah kotak wang yang mengandungi 481,700 Baht (S$19,000)

Ketua Polis Biro Metropolitan, Lt Jen Sanit Mahatavorn yang melawat tempat kejadian berkata kejadian berlaku di Wilayah Soi Krungtheep Kreetha Prawet di Srinarakarin Road kira-kira 4.30 pagi.

"Mesin ATM itu milik Bangkok Bank dan letupannya memecahkan mesin tersebut yang berselerak dengan radius lebih 30 meter," katanya dan menambah kejadian itu merupakan rompakan dan tiada kaitan dengan keselamatan.

Seorang pegawai keselamatan Thongtaew Chuenkham, 58 tahun, memberitahu pemberita dia terkejut dengan bunyi kuat letupan dan melihat mesin itu terbakar.

Dia juga melihat seorang lelaki mengambil kotak wang daripada mesin ATM itu dan berlalu dengan motosikalnya.

Sumber : Agensi berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan