Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri: Zakir Naik tidak sepatutnya dibenarkan terus berada di M'sia

Times Of India semalam melaporkan waran tidak boleh diikat jamin untuk menangkap Dr Zakir sudah dikeluarkan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri: Zakir Naik tidak sepatutnya dibenarkan terus berada di M'sia

Para penunjuk perasaan India meluahkan pendapat mereka mengenai Dr Zakir Naik. (Gambar: AFP/Sajjad Hussain)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 06:56PM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 06:57PM

KUALA LUMPUR: Seorang Menteri Kabinet dan Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Dr S Subramaniam berkata bahawa pendakwah terkenal Dr Zakir Naik tidak harus dibenarkan terus berada di Malaysia.

Dr Subramaniam yang menyatakan demikian semalam (20 Apr) menambah, Dr Zakir Naik juga tidak harus dibenar menggunakan kelayakan "yang boleh dipersoalkan" untuk mendapat sokongan Malaysia melindungi beliau daripada didakwa di India.

MIC adalah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang memerintah di Malaysia.

Times Of India semalam melaporkan waran tidak boleh diikat jamin untuk menangkap Dr Zakir sudah dikeluarkan.

Beliau dikehendaki pihak berkuasa India atas dakwaan, mempunyai peranan dalam satu kes keganasan.

Dr Zakir sedang berada di Malaysia, di mana beliau memegang status penduduk tetap negara itu, dan dilaporkan tidak mahu pulang ke India kerana takut didera.

"Sudah diketahui ramai bahawa saluran TV dimiliki Zakir Naik diharamkan di Bangladesh, Kanada dan Britain," menurut Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negara Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pihak media minggu ini bahawa India boleh mendapatkan bantuan guaman dipersetujui untuk menahan Encik Zakir jika terdapat perjanjian yang sudah ada.

Awal bulan ini, kementerian Datuk Seri Ahmad Zahid menyatakan ia tidak mempunyai sebab untuk melarang kemasukan Encik Zakir ke Malaysia.

Tahun lalu, Ketua Polis Malaysia melarang Dr Zakir daripada menyampaikan ucapan di Malaysia.

Ini kerana beliau prihatin ia akan menyebabkan berlakunya pecah-belah di negara yang berbilang kaum itu. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan