Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Komunikasi dan Multimedia sindir siapa yang label Mahathir sebagai diktator

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini (17 Jan) melontarkan soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tentang siapa sebenarnya yang melabel beliau diktator.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Komunikasi dan Multimedia sindir siapa yang label Mahathir sebagai diktator

Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamed (Gambar: Reuters/Lai Seng Sin)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 12:19PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 12:20PM

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini (17 Jan) melontarkan soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tentang siapa sebenarnya yang melabel beliau diktator.

Dr Salleh berkata mantan perdana menteri itu menulis dalam blognya semalam dengan catatan bertajuk  ‘The Dictator’ yang berbentuk sindiran dan cuba memulang paku buah keras tuduhan beliau seorang  diktator dan kleptokrat semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

“Mahathir mengakhiri catatannya dengan berkata, “jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya, tiada lain melainkan benar.”

“Yang sebenarnya mereka yang menggelar Mahathir diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan kini menjadi terlampau kaya melalui rasuah” adalah mereka yang berada dalam Pakatan Harapan,”  kata Dr Salleh dalam catatan terbaru blog beliau hari ini.

Menteri itu berkata Dr Mahathir mungkin lupa satu perkara penting bahawa mereka itu kini adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang.

“...atau apakah sebenarnya beliau memang mahu menyindir sekutu politknya sekarang?" tanya Dr Salleh.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan