Images
  • plane crash
    (Petikan gambar: Leah Morse) 

Mekanik curi pesawat dan bunuh diri

AMERIKA SYARIKAT: Seorang mekanik mencuri sebuah pesawat penumpang yang kosong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma.

Lelaki berusia 29 tahun itu memandu pesawat syarikat Horizon Air itu hingga ia terhempas berhampiran sebuah pulau kecil.

Pihak berkuasa segera mengerahkan dua jet tentera untuk mengejar pesawat tersebut tetapi polis tempatan kemudian mengesahkan kejadian tersebut bukan satu tindakan pengganasan.

Siasatan awal menunjukkan pesawat Bombardier turboprob itu terhempas kerana mekanik berkenaan mungkin melakukan aksi nekad ataupun kurang kemahiran memandu pesawat.

Bagaimanapun, mekanik itu dipercayai memang hendak bunuh diri dan dia dipercayai mati apabila pesawat tersebut terhempas.

Identiti mekanik tersebut belum didedahkan kepada orang awam.

- CNA/MU/na

Top