Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Media M'sia 'diajar' guna nama rasmi Korea Utara

“Jangan panggil kami Korea Utara, tidak ada Korea Utara"

Anggaran Waktu Membaca:
Media M'sia 'diajar' guna nama rasmi Korea Utara

Istana Kumsusan di Pyongyang. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Nov 2017 10:44PM Dikemas Kini : 12 Nov 2017 10:50PM

BURIRAM: Media Malaysia yang membuat liputan perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Korea Utara 'diajar’ bagaimana untuk memanggil nama negara komunis itu dengan betul.

Semasa sidang media sebelum perlawanan diadakan, seorang penterjemah dari Korea Utara meminta media Malaysia berhenti memanggil nama negara itu sebagai Korea Utara, sebaliknya menggunakan nama rasminya, Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).

“Jangan panggil kami Korea Utara, tidak ada Korea Utara,” kata pegawai negara itu yang kelihatan marah apabila media Malaysia berulang kali merujuk negaranya sebagai Korea Utara ketika sidang media di Stadium i-mobile di sini hari ini (12 Nov).

Pegawai itu mencelah soalan yang dikemukakan oleh media Malaysia untuk membuat penjelasan mengenai nama rasmi negaranya itu.

Pegawai itu bertindak sebagai penterjemah untuk kapten Korea Utara, Kim Yu Song pada sidang media itu, yang turut dihadiri ketua jurulatih pasukan itu, Jorn Andersen yang dilahirkan di Norway tetapi memegang kerakyatan Jerman.

Malaysia akan bertemu Korea Utara sekali lagi pukul 7.00 malam esok (13 Nov) (8.00 malam waktu tempatan) di stadium yang sama, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan pertama dua hari lalu.

Perlawanan itu sepatutnya diadakan pada bulan Mac lalu tetapi ditunda hingga kini kerana hubungan diplomatik antara dua negara berikutan pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada Februari lepas.

Perlawanan itu juga menjadi mangsa kepada keadaan yang semakin buruk di Semenanjung Korea berikutan pelancaran peluru berpandu Korea Utara.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan