Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat budak perempuan 6 tahun ditemui dalam tandas

Penduduk kampung turut membelasah seorang lelaki yang dilaporkan tinggal di stesen itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat budak perempuan 6 tahun ditemui dalam tandas

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2018 05:26PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 05:29PM

JHARKHAND: Tiga anggota polis cedera akibat dibaling batu oleh para penduduk kampung yang marah. Ini selepas mayat kanak-kanak perempuan ditemui di dalam tandas Stesen Kereta Api Barapalasi di daerah Dumka petang semalam (15 Ogos). Ini menurut sumber polis.

Penduduk kampung turut membelasah seorang lelaki yang dilaporkan tinggal di stesen itu.

Menurut Astro Awani, lelaki yang mempunyai masalah mental itu dituduh membunuh mangsa yang berusia dalam lingkungan enam tahun.

Ketika dimaklumkan mengenai insiden itu, satu pasukan polis dari balai polis Jama bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkan lelaki tersebut, yang cedera parah selepas dibantai dengan teruk, lapor Astro Awani.

"Penduduk kampung yang tidak berpuas hati, mula membaling batu ke arah polis menyebabkan tiga anggota cedera," kata Superintendan Polis Kaushal Kishore.

Katanya, semua anggota polis yang cedera sudah dikejarkan ke Hospital Sadar, di mana mereka diberikan rawatan perubatan, manakala tertuduh dirujuk ke hospital di Dhanbad, lapor Astro Awani.

Sementara itu, mayat kanak-kanak perempuan tersebut dihantar untuk dibedah siasat.

"Lebih ramai pasukan polis dikerahkan ke kawasan itu untuk memantau keadaan dan mengelak rusuhan," kata Encik Kishore.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan