Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

MAVCOM buat aduan polis terhadap Tony Fernandes

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyangkal tuduhan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Anggaran Waktu Membaca:
MAVCOM buat aduan polis terhadap Tony Fernandes

CEO Air Asia Tony Fernandes. (Gambar: Petikan skrin video Facebook/Tony Fernandes)

Diterbitkan : 16 May 2018 08:40AM Dikemas Kini : 16 May 2018 08:42AM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyangkal tuduhan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

MAVCOM menyatakan bahawa suruhanjaya itu pada hakikatnya sudahpun meluluskan semua 66 penerbangan tambahan yang dimohon oleh AirAsia pada 23 April 2018, lapor Astro AWANI.

Menurut MAVCOM, ia tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan kepada AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan lain untuk mengurangkan atau membatalkan sebarang penerbangan yang memenuhi keperluan pengawalseliaan.

Astro AWANI melaporkan bahawa MAVCOM menyatakan tuduhan yang dibuat oleh Tan Sri Tony Fernandes adalah satu perkara yang serius dan ia sudah membuat aduan polis.

Suruhanjaya itu selanjutnya menjelaskan bahawa semua permohonan penerbangan tambahan yang diterima oleh MAVCOM dibuat melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

AirAsia pada 13 April 2018 dan 18 April 2018, meminta sebanyak 54 penerbangan tambahan (27 perjalanan ulang alik dengan jumlah maksimum penumpang sebanyak 13,660) yang akan beroperasi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan penerbangan tambahan tersebut diluluskan oleh MAVCOM pada 17 April 2018 dan 18 April 2018.

Pada 20 April 2018 (Jumaat) jam 3.20 petang, AirAsia selanjutnya meminta 86 penerbangan tambahan (43 perjalanan ulang alik dengan jumlah penumpang maksimum sebanyak 15,480) yang akan beroperasi semasa PRU14, lapor Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan