Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mata remaja dikorek bapa, adik beradik sendiri kerana ingin kahwin wanita pilihan

Gara-gara ingin bernikah dengan gadis pilihannya, seorang lelaki hilang penglihatannya selepas matanya dikorek dengan menggunakan sudu oleh bapa dan adik beradik lelakinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mata remaja dikorek bapa, adik beradik sendiri kerana ingin kahwin wanita pilihan

(Gambar: Caters News Agency)

Diterbitkan : 17 May 2018 11:23AM Dikemas Kini : 17 May 2018 11:28AM

ISLAMABAD: Gara-gara ingin bernikah dengan gadis pilihannya, seorang lelaki hilang penglihatannya selepas matanya dikorek dengan menggunakan sudu oleh bapa dan adik beradik lelakinya.

Menurut Daily Mail, Abdul Baqi, 22 tahun, dari perkampungan Nasirabad di wilayah Balochistan, meminta keluarganya untuk menghantar rombongan meminang teman wanitanya.

Bagaimanapun, permintaan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang berusia 79 tahun dan empat adik beradik lelakinya yang lain.

"Pada mulanya, bapa saya bersetuju. Namun, kira-kira tiga jam kemudian, saya dibawa masuk ke dalam bilik dan mereka mengorek keluar mata saya tanpa belas kasihan. Ibu saya turut dikurung kerana tidak mahu dia masuk campur dalam perkara itu," kata Encik Abdul Baqi seperti ditukil Daily Mail.

"Mereka beri alasan mahu saya menjadi 'contoh' kepada pemuda lain di kampung kami," tambah beliau. Encik Abdul kini dirawat di sebuah pusat perubatan Karachi.

Agensi berita Daily Mail difahamkan, Encik Abdul sudahpun membuat aduan polis. Bapa bersama dua adik beradiknya sudah diberkas manakala selebihnya masih diburu pihak berkuasa. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan