Images
  • palu 16
    Kanak-kanak di Palu kelihatan masih ceria meskipun melalui pengalaman mengerikan sebelum ini. (Gambar: Said Mahadi Said Iziddin)

Masyarakat Palu tetap bersemangat; terus bangkit 2 minggu selepas dilanda gempa-tsunami

BERITAmediacorp: Hampir dua minggu yang lalu bandar Palu di Sulawesi Tengah digegarkan oleh dua bencana dahsyat - gempa kuat dan ombak besar tsunami pada 28 September.

Bangunan-bangunan yang dulu tersergam indah dan menjadi kebanggaan Palu kini punah-ranah, binasa akibat gempa bumi sekuat 7.5 pada skala Richter.


Antara bangunan yang runtuh di Bandar Palu. (Gambar: Taufiq Hussein Zalizan)


Pusat beli-belah Ramayana antara bangunan yang paling teruk terjejas. (Gambar: Taufiq Hussein Zalizan)

Kampung-kampung ini tenggelam ditelan bumi, meninggalkan hanya sisa-sisa dan serpihan yang suatu ketika dahulu ceria dan meriah.


Kemusnahan di kampung Balaroa dan Petobo. (Gambar-gambar: Said Mahadi, Taufiq Hussein Zalizan)

Pantai Talise, antara kawasan pertama yang dibadai tsunami, juga masih parah.


“Tetap semangat”. Kata-kata pembakar semangat pada mercu tanda yang masih berdiri teguh di tepi pantai, mencerminkan tekad dan azam para penduduk untuk bangkit semula.


Kerosakan di sekitar pantai Talise selepas dibadai tsunami (Gambar-gambar: Taufiq Hussein Zalizan)

Semangat kental ini begitu ketara dalam kalangan relawan dan badan-badan kemanusiaan yang dengan pantas mendirikan ‘posko’ atau pangkalan operasi untuk menghulurkan bantuan.


Posko Induk ACT. (Gambar: Said Mahadi Said Iziddin)

Perusahaan-perusahaan kecil juga sudah mula beroperasi seperti biasa. Bencana kembar yang melanda tidak sekali-kali mematahkan semangat mereka untuk kembali hidup seperti biasa.



Perusahaan-perusahaan kecil yang cuba membangun semula. (Gambar-gambar: Said Mahadi Said Iziddin, Taufiq Hussein Zalizan)

Kubur ramai di Taman Pemakaman Umum Poboya Indah.


(Gambar: Taufiq Hussein Zalizan)

Di sini, para belia dari merata Sulawesi sama-sama membantu untuk menyempurnakan pengebumian seribu mangsa yang terkorban.


Mas Andik dan rakan seperjuangan dari Rangkaian Pemuda Bahari. (Gambar: Said Mahadi Said Iziddin)

Yang jelas, bencana yang menimpa ini boleh merobohkan banyak bangunan dan meragut banyak nyawa. Namun ia tidak sekali-kali akan melemahkan semangat masyarakat di Palu untuk bangkit semula.



Keadaan di khemah-khemah sementara sekitar Masjid Agung. (Gambar-gambar: Taufiq Hussein Zalizan, Said Mahadi Said Iziddin)

- BERITAmediacorp/aq

Top