Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

MAS mohon maaf selepas lakukan pendaratan cemas di Alice Springs

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines  memohon maaf pada Jumaat (19 Jan) selepas salah sebuah pesawatnya melakukan pendaratan cemas di Alice Springs, Australia pada Khamis.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS mohon maaf selepas lakukan pendaratan cemas di Alice Springs

Gambar hiasan pesawat Malaysia Airlines. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Jan 2018 04:35PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 04:39PM

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines memohon maaf pada Jumaat (19 Jan) selepas salah sebuah pesawatnya melakukan pendaratan cemas di Alice Springs, Australia pada Khamis.

"Malaysia AIrlines amat menyesali rasa cemas yang dialami para penumpang MH122 pada Jan 18, 2018 susulan penerbangan dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur dari Sydney," menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan media.

Pesawat tersebut membawa 224 penumpang dan dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada petang Khamis, tetapi terpaksa dlencongkan selepas enjin pesawat mula mengeluarkan bunyi bising.

"Berdasarkan laporan yang diterima, terdapat dentuman kuat dari enjin di sebelah kiri," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia Izham Ismail.

"Saya memohon maaf kepada semua tetamu kami berhubung insiden berkenaan dan faham akan rasa cemas yang mereka alami. Kapten dan anak kapal mampu mengawal keadaan sepanjang masa dan membuat keputusan tepat dengan mendapatkan bantuan teknikal dari lapangan terbang paling dekat sebelum pesawat itu mendarat dengan selamat di Alice Springs."

Beliau turut berkata kakitangan kabin "menjalankan tugas mereka dengan cemerlang" dan menguruskan keadaan itu dengan sewajarnya.

"Keselamatan tidak terjejas sama sekali," katanya.

Para penumpang yang terkandas diberi penginapan di empat hotel berhampiran lapangan terbang itu dan juga diberikan makanan dan pengangkutan, jelas Encik Izham.

Menurutnya, penerbangan ke Kuala Lumpur kembali beroperasi pada Jumaat melalui Penerbangan MH148 dan penumpang dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada 9.50 malam.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan