Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan Perdana Menteri India meninggal dunia

Mantan perdana menteri India, Atal Bihari Vajpayee meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2018 08:42AM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 09:29PM

NEW DELHI: Mantan perdana menteri India, Atal Bihari Vajpayee meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, mendiang meninggal dunia Khamis (16 Ogos) dan menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Sains Perubatan All India (AIIMS).

Encik Vajpayee ialah dari parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) dan masih bujang. Bekas pemimpin itu terlantar sakit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sejak dimasukkan ke hospital sembilan minggu lalu berikutan masalah jangkitan ginjal dan sesak nafas, tahap kesihatannya semakin merosot.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri India dari 16 Mei hingga 31 Mei 1996, dan selama dua penggal berturut-turut antara Mac 1998 hingga Mei 2004.

Mendiang sangat aktif dalam bidang politik dan dilihat sebagai pemidato yang hebat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan selepas menamatkan pengajiannya.

Dari Mac 1977 hingga Julai 1979, mendiang memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Luar India. Encik Vajpayee menjadi ahli Parlimen India buat kali pertama pada 1957.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan