Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan pengarah FBI: Trump 'secara moral tidak layak' jadi Presiden AS

Mantan pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey menyifatkan Encik Donald Trump 'tidak layak dari segi moral' untuk menjadi presiden dan menggambarkan beliau sebagai 'penipu bersiri' yang akan mencemarkan semua orang di sekelilingnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Apr 2018 07:59PM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 10:38PM

WASHINGTON: Mantan pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey menyifatkan Encik Donald Trump 'tidak layak dari segi moral' untuk menjadi presiden dan menggambarkan beliau sebagai 'penipu bersiri' yang akan mencemarkan semua orang di sekelilingnya.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual dengan stesen televisyen ABC, semalam (15 Apr) selepas Presiden Trump mengkritiknya menerusi Twitter dan menggelarnya seorang yang jijik, selain mencadangkan supaya bekas pengarah FBI itu dipenjarakan.

Temubual Encik Comey itu dibuat bersama George Stephanopoulos dari ABC menjelang penerbitan buku memoirnya bertajuk "A Higher Loyalty" yang menceritakan secara terperinci mengenai hubungan beliau dengan Presiden Trump.

Presiden dari Parti Republican itu memecat Encik Comey pada Mei tahun lalu di tengah-tengah siasatan FBI terhadap kemungkinan adanya pakatan sulit antara kempen Encik Trump dengan Rusia dalam pilihan raya Presiden 2016.

Mantan Pengarah FBI itu juga mengakui kemungkinan Rusia ada maklumat yang tidak sepatutnya mengenai Presiden Trump.

Tambahnya, terdapat "beberapa bukti tentang perbuatan menghalang keadilan" dalam tindakan Presiden itu.

Encik Trump sebaliknya mengutuk Encik Comey di laman Twitternya dan menyifatkannya sebagai "banyak berbohong".

Beliau menegaskan tidak pernah meminta "kesetiaan" dari Encik Comey seperti yang didakwanya sebelum ini.

Beliau juga berkata Encik Comey adalah seorang lelaki yang "licik" dan pengarah FBI terburuk dalam sejarah.  

Sumber : CNA/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan